KATA ALUAN



Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya kita dapat bersua di Portal SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman. Saya selaku Pengetua yang telah diamanahkan  untuk berkhidmat d isekolah ini amat berbesar hati dengan adanya portal ini, dan mengharapkan portal ini menjadi salah satu saluran penyampaian informasi sekolah ini dari aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid ( HEM), Kokurikulum, PIBG, Pengurusan, Pembangunan  dan lain-lain perkara untuk tujuan perkongsian.

Selaras dengan Slogan sekolah Kreatif Inovatif Proaktif Kebersamaan Beriltizam YS Di Mercu, adalah diharapkan juga portal dapat memberikan  impak kepada warga SMKDMYS dan juga pihak komuniti. Pihak kami sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemajuan dan kejayaan sekolah ini . Sebarang pandangan dan cadangan amat kami alu-alukan demi kebaikan bersama.

Oleh yang demkikian saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kejayaan sekolah ini mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan berjaya.

Saya yang menjalankan amanah


Hjh Andik Radhiah binti A.Aziz
PENGETUA
SMK DATO' MOHD YUNOS SULAIMAN

KREATIF INOVATIF PROAKTIF 
KEBERSAMAAN BERILTIZAM YS DI MERCU



3 comments: