ASRAMA

Latar belakang

Asrama SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman mula beroperasi pada bulan Februari 2002. Penghuni di asrama ini terdiri daripada murid aliran perdana dan Pelajar Rancangan Khas. Jalan perhubungan ke asrama ini adalah jalan negeri dan jalan kampung.

Keistimewaan Asrama

Asrama SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman sememangnya sinonim dengan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan. Dalam memartabatkan budaya, asrama ini mempunyai pasukan kompang yang seringkali dijemput untuk menyediakan khidmat kompang di majlis-majlis rasmi. Murid-murid di asrama ini juga kebanyakkannya terdiri daripada murid yang terpilih untuk Pasukan DTC Johor. Dengan adanya peluang-peluang seperti ini, murid-murid dapat memanfaatkan masa terluang selain mengasah bakat yang ada.

Informasi:

Alamat               : Asrama SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, Jalan Sawah, 81500 Pekan Nenas, Pontian. 
Kod Sekolah     : JEA 6010
Jenis asrama    : Asrama Harian
Kapasiti             : Murid (200 orang) / Warden (1l/2P)
Lokasi               : Luar bandar
Tel                     : +607-6993298
Faks                  : +607-6996833

Visi:

Asrama SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman menjadi wadah dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Misi:

  • ·         Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran asrama
  • ·         Mewujudkan asrama yang kondusif sebagai tempat tinggal dan tempat belajar
  • ·         Meningkatkan kualiti dan kuantiti murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
  • ·         Melahirkan semangat kekeluargaan dan setiakawan
  • ·         Merealisasikan “Asramaku, Rumahku, Syurgaku”

Motto:

“Asramaku Wadah Menyemai Mawaddah”

Fasiliti di Asrama : 
 

 

No comments:

Post a Comment